Tuesday, January 1, 2013

Selamat Datang 2013

Hi Assalamualaikum.

Dah terlalu lama blog ni bersawang. Endah tak endah je. Blogwalking ke, followers ke, entry ke semua dah ke laut. Ye aku semakin jauh dgn dunia blogging. Padahal blog lah tempat aku menumpang kasih masa dulu dulu. Aku taknak salahkan faktor masa. Sebab aku banyak sgt masa. Nak kata rumah line wifi lembab pun tak boleh pakai. Sebab hari hari aku layan Youtube. Laju. Sangat laju. Mungkin dunia blogging yg semakin hambar. Itu yg aku rasa. Pada engkau orang aku tak tahu. Dan mungkin aku dah jumpa sahabat baik ku. Twitter namanya.


Dan Selamat Hari Pertama untuk 2013. Aku harap 2013 bagi aku kehidupan yang lebih baik. Aku jadi lebih kuat. Jadi lebih tabah. Semoga dengan usia yang baru nak rasa 20tahun ni aku jadi lebih matang. Tak buat benda benda bodoh lagi mcm tahun lepas. Ye, ini Azurin Ramli yang baru. Takde lagi azurin kememeh yang kuat nangis. Aku tahu aku boleh jadi kuat.


Dan ouh ye. Aku terfikir nak delete semua post post lama. Sayang mmg sayang  nak delete sbb setiap entry ada kisahnya. Tapi takpe aku gagahkan jugak. Sebab aku nak kuburkan semua cerita lama. Hey kan aku dah kata ini azurin yang baru! Blog lama tapi cerita yang baru.

Selamat tinggal 2012. Engkau banyak ajarkan aku tentang apa itu kehidupan.


No comments: